TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
Menurut VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kala, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2020: Kalendar 2021
Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...
-
Minggu 7 Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini dapat lagi tugasan baharu. Tugasan kali ini kita akan menerangkan sedikit tentang kepenti...
-
Minggu 7 Assalamualaikum semua. Okay untuk tugasan terakhir minggu ini, kita kena buat nota ringkas bab 7 dari buku Ehh!!! Media Sosial...
-
Minggu 8 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. setelah beberapa minggu tiada kelas hari ini kita sambung balik kelas. Untuk minggu ini ad...
No comments:
Post a Comment