Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

CARA MENULIS BLOG YANG BAIK

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik hati pembaca.
2. Cerita  dapat menarik perhatian pembaca. menarik yang
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Pada pendapat saya, 10 cara penulisan blog yang baik dari Normaliza Abd Rahim (2014) adalah merupakan langkah yang sepatutnya diambil oleh setiap blogger.  Langkah pertama ialah tajuk yang boleh menarik perhatian. Tajuk menjadi peranan yang penting kerana  tajuk la yang yang akan dipandang oleh pembaca sebelum membaca isi. Selain itu, cerita yang ditulis perlulah cerita yang dapat menarik hati pembaca untuk membaca kandungan cerita anda. Selain itu, humor atau jenaka perlu dimasukkan kerana ia akan membuatkan penulisan anda menjadi lebih menarik untuk pembaca barulah penulisan anda tidak membosankan. Penulisan anda juga perlu hujah terbaik bagi menerangkan dan menghuraikan penulisan anda. Hujah yang disokong oleh tokoh-tokoh adalah lebih baik.Penulisan anda juga boleh dikaitkan dengan berita terikini. Ingat, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan perkataan struktur yg senang dan ringkas supaya pembaca lebih mudah untuk faham. Penulisan anda juga sepatutnya dapat berkomunikasi dengan pembaca. Nilai-nilai moral dan estetika juga perlu ada dalam penulisan blog agar pembaca dapat menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri mereka. Penulis juga perlu mengetahui dan mempunyai ilmu yang hendak dikongsikan di dalam blog mereka agar tiada salah faham berlaku pada penulisan yang disampaikan.


Sumber:
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien & Normaliza (2019). Ehh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...