Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Pengelanan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini



Minggu 5 (Bahagian B)


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian:

Huraian yang dapat dibuat daripada kenyataan Normaliza Abd Rahim(2014) adalah, dengan menulis secara individu akan memberikan kesan yang besar semasa proses menulis. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan menulis sendiri akan membuatkan pelajar untuk mengeluarkan potensi mereka dengan lebih baik. Mereka dapat menambah pengetahuan dan dapat memahirkan diri mereka dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang luas dan sesuai. Namun, penulisan secara ini juga individu ini juga memberikan cabaran kepada seseorang individu itu. Cabarannya ialah, individu kurang keyakinan dengan penulisan yang telah mereka hasilkan. hal ini dikatakan demikian kerana, mereka merasakan penulisan yang telah dihasilkan oleh orang lain lebih bagus dan menarik. Selain itu, mereka juga akan merasakan penulisan mereka akan dipadang negatif oleh pembaca akan membuatkan mereka lebih sukar dan berkeberatan unutk menulis. Bagi kenyataan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti dalam proses pembelajaran bahasa. Ini akan membuatkan pelajar lebih fokus ketika menjalani proses ini. Penglibatan terus ini penting kerana ia dapat mengelakkan salah faham dan juga pelajar dapat mengadakan sesi soal jawab yang lebih berkesan dengan pengajar. Selain itu, kelebihan penglibatan terus ini dapat mengelakkan pelajar unutk merasa bosan ketika proses pembelajaran.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...