Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help
Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)
Munurut Normaliza Abd Rahim (2019),
Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi Dornyei & komunikasi. Menurut Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan
kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2020: Kalendar 2021
Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...
-
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977) Menurut VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro d...
-
Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari Sehingga malam nanti Ibu bapa yang disayangi Saya tetap berha...
-
Assalamualaikum semua, hari ini saya perlu conteng-conteng sikit. Jadi inilah nota ringkas berkenaan dengan jenis-jenis shot yang saya tela...
No comments:
Post a Comment