Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.

Blog di dalam pengajian kesusasteraan

Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Ini boleh dilihat bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre kesusasteraan berikut yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog. Pandangan dan pendapat di atas memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga untuk berlatih menggunakan perkataan yang sesuai.  Untuk pernyataan responden yang menulis cerpen pula, mereka
menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. Responden juga suka membaca cerpen pendek dalam blog kawan mereka. Bagi responden suka menulis skrip dalam blognya, mereka menyebut bahawa mereka boleh berkongsi skrip melalui blog dan mereka juga mampu untuk menulis apa sahaja dalam skrip. Responden mempunyai banyak perkara yang ingin ditulis dalam skrip memandang banyak idea untuk diceritakan. Responden turut bermotivasi apabila mereka tahu skrip mereka dibaca oleh orang lain melalui blog.
Pantun turut dinyatanya oleh responden. Responden menyatakan bahawa mereka memahami dengan baik dan mereka boleh menulis untuk dibaca oleh orang lain. Dalam masa yang sama, responden menyatakan pantun adalah genre yang bagus dan akan dibaca oleh rakan mereka; maka, ia akan membuatkan mereka ingin membaca yang lain.

Blog dalam Pembelajaran Bahasa

Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Bagi responden yang suka menulis surat di dalam blognya mereka menyatakan bahawa dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Responden turut menyatakan bahawa mereka menulis dan menerima surat melalui blog memandangkan ia memberi mereka lebih kepuasan.Untuk responden yang berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog, mereka menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan hari ke hari. Responden juga turut menyatakan bahawa mereka suka membaca blog rakan-rakan memandangkan mereka ingin mengetahui apa yang dirasai oleh rakan mereka. Terdapat juga responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya. Responden menyatakan bahawa mereka teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka.

Blog dalam Pembelajaran Teknologi

Di dalam graf 6.3 di atas, ia boleh dinyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog.Terdapat responden begitu teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Responden juga suka meletakkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog.
Bagi audio pula, kesemua responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu.
Selain itu, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar di blog. Responden menyatakan bahawa blog yang mengandungi gambar akan menjadi menarik. Responden juga mengatakan bahawa gambar mampu menceritakan sesuatu dalam blog.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...