Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020. Tentang Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama saya Mohammad Faiz Bin Abdul Munir. Saya berumur 22 tahun. Saya lahir pada 18 Jun 1998 di Hospital Kajang, Selangor. Saya tinggal di Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM. Saya memilih UPM sebagai pilihan pertama dan syukur Alhamdulillah saya telah mendapat tempat di UPM. Saya juga memilih UPM kerana ia berdekatan dengan rumah saya. Bukan saya tidak mahu belajar jauh-jauh, tapi saya rasa seperti akan menyusahkan ibu bapa saya ketika perlu pulang pada hujung semester untuk membawa pulang semua barang-barang. Saya  merupakan tahun kedua saya di sini. Saya membuat blog ini kerana ia merupakan komponen yg perlu ada dalam subjek Multimedia dalam Bahasa. Cukup tentang pelajaran, saya akan bercerita tentang hobi pula. Saya minat untuk mengumpul model plastik dari siri animasi jepun (anime) iaitu "GUNDAM". Rekaan robot plastik itu sangat menarik minat saya untuk mengumpul lebih banyak model dengan pelbagai variasi. Sukan yang saya minati pula adalah bola tampar dan badminton. Saya tidak suka bola sepak kerana saya seorang kaki bangku hahahaha. Saya rasa itu sahaja setakat ini tentang diri saya. Sekian.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...