Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis: Nenek dan Datuk

Cerita sosial ini mengisahkan tentang Alim yang tidak sabar mahu pulang ke kampung nenek dan datuknya di kajang. Nenek dan datuk yang tinggal di kajang adalah sebelah ibu manakala sebelah ayah pula tinggal di Melaka. Alim sangat tidak sabar pulang ke kampung kerana ingin melihat ayam dan itik disana. Alim sekeluarga tiba di kampung setelah 30 minit perjalanan. Alim terus turun dari kereta untuk melihat ayam dan itik namun kecewa kerana dia tidak menjumpai seekor pon ayam dan itik. Alim menangis. Nenek dan datuk yang terlihat Alim menangis terus memujuknya. Nenek menayakan kenapa alim menangis dan Alim memberitahu bahawa dia sedih kerana ingat ayam dan itik semuanya telah mati. Nenek menunjukkan Alim reban baharu yg dibuat datuk. Alim gembira setelah melihat ayam dan itik. Setelah puas, Alim masuk ke rumah dan menjadi keliru kerana keadaan rumah yang berbeza dari biasa. Alim menangis lagi. Nenek memujuk Alim dengan berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang perabot di dalam rumah itu kepada Alim. Alim berhenti menangis lalu duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang, kakak dan adiknya. Ibubapa serta nenek dan datuk sedih melihat perangai Alim hari ini. Alim ketawa mononton televisyen. Suasana yang lain dari biasa membuatkan mereka sekeluarga menjadi lebih rapat.


Rujukan:
Nomaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...