Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Minggu 2

Hari ini dalam kelas multimedia BBM3410, kami diminta untuk menghasilkan sebuah hasil kerja berkumpulan (kumpulan 3) yang berkaitan dengan asas grafik. Kami diminta untuk menyediakan bahan-bahan seperti berikut:

1. Majalah
2. Mounting Board - 6 keping
3. Gam UHU stick
4. Gunting
5. Pisau
6. Reben - 50cm panjang, 1/4 inci lebar
7. Penebuk lubang

Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil oleh ketua kumpulan untuk melakukan kerja masing-masing mengikut tugas yang telah diberikan. Antara tugas yang kami perlu lakukan adalah kami diminta untuk memilih 5 gambar yang mempunyai elemen asas grafik daripada majalah.

Proses-proses penghasilan:

1. Kami diminta untuk memilih gambar daripada majalah. Kemudian kami perlu menunjukkan gambar yang dipilih kepada Prof Normaliza untuk diluluskan.


2. Separuh daripada kami pula menggunting huruf untuk dijadikan nama dan no. matrik.

3. Kami melekatkan bahan-bahan tadi di atas mounting board.

4. Kami menyusun mounting board yang telah dilekatkan gambar.


5. Ini merupakan hasil kerja kami yang telah siap.


Gambar yang diambil daripada majalah yang mempunyai ciri-ciri asas grafik.

Ini merupakan muka hadapan hasil kerja kami.

1. Mudah

Ciri pertama asas grafik ialah mudah.
Gambar ini dikatakan mudah kerana daripada gambar ini kita dapat tahu bahawa ia memfokuskan kepada kapal.

2. Warna
Asas grafik warna pula menekankan supaya warana yang utama tidak melebihi tiga warna.
Gambar ini mempunyai tiga warna utama iaitu biru pada sarung tangan getah, hitam warna latar belakang dan putih warna pergelangan baju.

3. Tesk
Gambar teks lebih memfokuskan kepada teks yang ingin disampaikan.
Gambar ini lebih terfokus kepada teks daripada gambar pada latar belakang.

4. Kesesuaian
Kesesuaian merujuk kepada objek tersebut sesuai berada pada tempat dan latarnya.
Gambar ini menunjukkan sofa yang sememangnya sesuai berada di ruang tamu.

5. Keseimbangan
Asas grafik keseimbangan perlu memastikan bahagian atas bawah seimbang begitu juga dengan bahagian kiri dan kanan.
Gambar ini menunjukkan gambar gigi seimbang dengan teks pada bahagian atas. 


Gambar ahli kumpulan kami bersama hasil kerja.

Itu sahaja buat masa. Sekian.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...