Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14


Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan dengan kalendar tahun 2021 yang kami perlu buat sejak tiga minggu lepas. Untuk menghasilkan kalendar ini, beberapa item wajib telah diwajibkan untuk kami patuhi bagi setiap muka surat yang dihasilkan. Pertama sekali kami perlu membuat muka hadapan kalendar. Kami juga perlu membuat kalendar ini dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.

Untuk bahagian muka hadapan. item wajibnya ialah gambar latar belakang. Gambar yang kami pilih perlu mempunyai resolusi yang tinggi agar gambar yang dimasukkann tidak pecah untuk canvas bersaiz 7 inci x 5 inci. Seterusnya, perkataan "Kalendar 2021" yang semestinya untuk menunjukkan ia merupakan kalendar tahun tersebut. kemudian, maklumat kami beserta nama Pensyarah kami iaitu, Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim. dan yang terakhir ialah gambar kami. Itulah empat item wajim yang perlu ada. 

Untuk halaman bulan satu hingga 12, empat item wajib juga perlu ada. Pertama, gambar latar belakang yang dimasukkan pada canvas bersaiz 7 inci x 5 inci. Kedua, semestinya kalendar untuk bulan tersebut.  Ketiga, Gambar kami. Gambar tersebut terpulang pada kami untuk letak gambar apa pun  tetapi perlu pastikan ia berkenaan dengan kami. Akhir sekali, kata- kata hikmah yang kami perlu cipta sendiri. 

Itulah tugasan kalendar yang kami perlu siapkan dalam masa tiga minggu ini. Walaupun nampak mudah, namun disebabkan hujung sem merupakan hectic week, kerja yang mudah pun boleh jadi susah hahahaha. Itu saja dari saya, kalau ada kesempatan mungkin saya akan post lagi sesuatu dalam blog ini. Sekian.

Ini saya masukkan hasil kerja yang saya telah buat. Harap ia menarik :D















No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...