Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2


Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Pada hari ahad, bapa Alim membawa pulang buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi buah lain yang dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa dia adik-beradik memang gemar buah-buahan.  Imran menanyakan kepada bapa dimana buah-buah itu dibeli. bapa menjawab yang buah itu dibeli di pasar tani. Kemudia bapa menyuruh Imran unutk memanggil adik-adik dan ibunya unutk makan bersama. Adik-adik gembira melihat buah yang banyak. Ibu membawa bakul sampah dan berpesan agar sampah dibuangkan kedalam bakul sampah dan tidak membuangkan sampah merata-rata tempat. Alim kemudian bertanya kepada ibu bolehkah dia berkongsi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Ibu gembira kerana Alim pandai berkongsi. Ibu mengasingkan beberapa buah dan memasukkan buah itu ke dalam beg plastic merah. Alim keluar dan memberikan buah itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram bunga di halaman rumahnya. Setelah selesai makan, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu mak Sulaiman. MAk Cim Timah berterima kasih kepada Alim kerana berkongsi buah dengan anaknya. "Sama-sama" Alim menjawab. Alim kata kongsi itu alam yang telah baik. "Ya" jawab Mak Cik Timah dengan wajah sedih. Alim tanya kenapa Mak Cik Timah sedih. Mak Cik Timah menyatakan dia bukan sedih tapi gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...