Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Bahagian A

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep 'wajah' untuk menggambarkan "kesopanan' dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis 'wajah': 'wajah positif' dan 'wajah negatif. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan 'muka positif kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri, Sebaliknya, 'muka negatif adalah "tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu". Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini..
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif

Contoh:
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)



Bahagian B

Pada hari ahad, bapa Alim membawa pulang buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi buah lain yang dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa dia adik-beradik memang gemar buah-buahan.  Imran menanyakan kepada bapa dimana buah-buah itu dibeli. bapa menjawab yang buah itu dibeli di pasar tani. Kemudia bapa menyuruh Imran unutk memanggil adik-adik dan ibunya unutk makan bersama. Adik-adik gembira melihat buah yang banyak. Ibu membawa bakul sampah dan berpesan agar sampah dibuangkan kedalam bakul sampah dan tidak membuangkan sampah merata-rata tempat. Alim kemudian bertanya kepada ibu bolehkah dia berkongsi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Ibu gembira kerana Alim pandai berkongsi. Ibu mengasingkan beberapa buah dan memasukkan buah itu ke dalam beg plastic merah. Alim keluar dan memberikan buah itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram bunga di halaman rumahnya. Setelah selesai makan, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu mak Sulaiman. MAk Cim Timah berterima kasih kepada Alim kerana berkongsi buah dengan anaknya. "Sama-sama" Alim menjawab. Alim kata kongsi itu alam yang telah baik. "Ya" jawab Mak Cik Timah dengan wajah sedih. Alim tanya kenapa Mak Cik Timah sedih. Mak Cik Timah menyatakan dia bukan sedih tapi gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman.





Rujukan:

Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...