Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Nota Peta Minda Asas Fotografi

Assalamualaikum semua, hari ini saya perlu conteng-conteng sikit. Jadi inilah nota ringkas berkenaan dengan jenis-jenis shot yang saya telah belajar dan buat dalam bentuk peta minda. 

Bahagian A

\
Jenis shot.


Bahagian B

Rule of Thirds
Rule of thirds adalah teknik fotografi yang penting. la boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat garis yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting, dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan (sekurang-kurangnya dalam fotografi), rule of thirds tidak digunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM





No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...