Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019) 2

Minggu 6

Hai assalamualaikum semua. Untuk tugasan kedua minggu 6 ni, saya kena senaraikan tiga nilai yang terdapat dalam cerita sosial 2 ini. 

Banyak nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini tapi saya akan menerangkan tiga sahaja. Nilai yang pertama ialah pembersih. Nilai ini dapat dilihat ketika ibu alim menyediakan tong sampah untuk kulit-kulit buah agar tidak bersepah. Selain itu, sifat pembersih juga boleh membuatkan persekitaran kita lebih bersih dan terhindar dari penyakit. nilai kedua yang saya peroleh ialah pemurah. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim ingin berkongsi buah yang dibeli oleh ayahnya dengan rakan baiknya, Sulaiman. Dengan berkongsi juga kita dapat mengeratkan lagi silaturahim. Nilai yang ketiga pula ialah tolong-menolong. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim membantu abang dan kakaknya mengemas rumah. Sikap tolong-menolong dapat meringankan beban dan kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Itu sahaja nilai-nilai yang saya boleh terangkan untuk cerita sosial 2 ini.  

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 2.

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 2.

Sekian itu sahaja untuk tugasan kedua minggu ini. Sambung tugasan seterusnya pula.




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...