Thursday 27 February 2020

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan 'keluarga': Buku Kajian Wacana

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa memerlukan mereka saya

cerita model
Ibu dan ayah saya merupakan peniaga. Setiap hari selepas sekolah, saya akan membantu ibu saya untuk menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk meniaga. Selepas itu, saya akan tinggal di rumah untuk menjaga adik-adik sehingga ibu bapa saya pulang. Setelah petang barulah abang dan kakak pula akan balik. Saya merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Ketika dirumah, kami tiga beradik akan menyiapkan kerja sekolah kami sebelum ibubapa kami pulang. Selesai siapkan kerja sekolah, kami menunggu ibu dan ayah pulang untuk makan bersama. Ibu dan ayah meniaga dengan menjual nasi ayam di pasar malam di pelbagai tempat. Saya bersyukur kerana pelanggan ibu dan ayah ramai dan hasil jualan mereka sentiasa habis. Jadi kebiasaannya ibu dan ayah akan pulang dalam lebih kurang jam 10 malam. Selepas mereka pulang kami akan makan bersama dan kemudian kami akan masuk tidur kerana saya sekolah pada waktu pagi tidak seperti adik-adik yang bersekolah pada sesi petang.
Di sekolah, saya tidak mempunyai ramai kawan kerana mereka memandang saya saya sebagai anak peniaga pasar malam. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah kesah tentang perkara itu kerana saya merasakan pekerjaan ibu dan ayah merupakan kerja yang murni. Ibu dan ayah sentiasa berpesan agar sentiasa budi pekerti walaupun kita dilayan buruk. Namun saya juga gembira kerana guru-guru sentiasa ada untuk saya ketika di sekolah.
Saya amat sayang kepada ibu dan ayah. Abang, kakak, dan adik juga tidak terkecuali. Mereka sentiasa ada dalam hidup saya tidak kira apa yang berlaku, saya tidak akan melupakan meraka kerana saya sangat terhutang budi dengan mereka.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...