Minggu 7
Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini dapat lagi tugasan baharu. Tugasan kali ini kita akan menerangkan sedikit tentang kepentingan asas grafik. Terdapat 5 kepentingan asas grafik iaitu:
1. Menarik
Asas grafik penting untuk menarik minat semua lapisan masyarakat. Foto dan video yang menarik dapat meninggalkan kesan yang baik kepada penonton. tujuannya juga adalah untuk membolehkan masyarakat untuk membaca, melihat dan menerima mesej yang ingin disampaikan.
2. Mudah difahami
konsep mudah ini perlu dititikberatkan kerana ia memainkan peranan penting dalam asas grafik. Grafik yang dihasilkan seharusnya mudah difahami mesej yang hendak disampaikan tanpa boleh mengelirukan masyarakat yang melihat atau menonton sesuatu grafik.
3. Mesej
Mesej memainkan peranan penting dalam asas grafik. Setiap grafik yang dihasilkan akan mempunyai mesej yang ingin digambarkan unutk penonton yang boleh meninggalkan kesan kepada mereka apabila melihat dan menonton grafik tersebut.
4. Ketara (predictability)
Sesuatu grafik yang dihasilkan perlulah ketara antara grafik dan mesej yang hendak disamaikan agar tidak mengelirukan masyarakat yang melihat dan menonton grafik yang dihasilkan.
5. Promosi
asas grafik juga penting bagi mempromosikan barangan. Hal ini dikatakan demikian kerana mesej boleh disampaikan dalam bentuk foto atau video dengan mesej yang mudah untuk menarik minat masyarakat.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2020: Kalendar 2021
Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...
-
ASAS GRAFIK 1. Mudah Bagi elemen mudah ia lebih menekankan kepada objek yang hendak ditonjolkan. Dengan erti kata lain, jika kita melihat...
-
Assalamualaikum semua. hari ini saya kena buat akaun Twitter dan saya perlu membuat satu cerita pendek. oleh itu saya telah menceritakan sa...
-
Minggu 6 Assalamualaikum semua. Okay kita sambung untuk tugasan ketiga minggu 6 pula. Tugasan kali ini saya pelu siapkan 3 aktiviti dar...


No comments:
Post a Comment