Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14


Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan dengan kalendar tahun 2021 yang kami perlu buat sejak tiga minggu lepas. Untuk menghasilkan kalendar ini, beberapa item wajib telah diwajibkan untuk kami patuhi bagi setiap muka surat yang dihasilkan. Pertama sekali kami perlu membuat muka hadapan kalendar. Kami juga perlu membuat kalendar ini dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.

Untuk bahagian muka hadapan. item wajibnya ialah gambar latar belakang. Gambar yang kami pilih perlu mempunyai resolusi yang tinggi agar gambar yang dimasukkann tidak pecah untuk canvas bersaiz 7 inci x 5 inci. Seterusnya, perkataan "Kalendar 2021" yang semestinya untuk menunjukkan ia merupakan kalendar tahun tersebut. kemudian, maklumat kami beserta nama Pensyarah kami iaitu, Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim. dan yang terakhir ialah gambar kami. Itulah empat item wajim yang perlu ada. 

Untuk halaman bulan satu hingga 12, empat item wajib juga perlu ada. Pertama, gambar latar belakang yang dimasukkan pada canvas bersaiz 7 inci x 5 inci. Kedua, semestinya kalendar untuk bulan tersebut.  Ketiga, Gambar kami. Gambar tersebut terpulang pada kami untuk letak gambar apa pun  tetapi perlu pastikan ia berkenaan dengan kami. Akhir sekali, kata- kata hikmah yang kami perlu cipta sendiri. 

Itulah tugasan kalendar yang kami perlu siapkan dalam masa tiga minggu ini. Walaupun nampak mudah, namun disebabkan hujung sem merupakan hectic week, kerja yang mudah pun boleh jadi susah hahahaha. Itu saja dari saya, kalau ada kesempatan mungkin saya akan post lagi sesuatu dalam blog ini. Sekian.

Ini saya masukkan hasil kerja yang saya telah buat. Harap ia menarik :D















Thursday 18 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Minggu 10

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk tugasa kita yang terakhir untuk minggu ini ialah menyatakan perbazaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter daripada buku "Ehh!!! Media Sosial".

1. Kajian Twiiter menjalankan kajian secara menyeluruh yang melibat semua pengguna manakala kajian Facebook hanya melibatkan pengguna dalam kalangan pelajar.

2. Kajian Twitter melibatkan 200 orang responden manakala kajian facebook melibatkan 260 orang responden.

3. Kajian Twitter menngunakan teori analisis wacana  Btrown & Yule (1983) untuk mendapatkan data makala kajian Facebook menunjukkan data dengan menggunakan carta.

4. Kajian Twitter mendapati platform ini digunakan untuk melatih kecekapan komunikasi manakala kajian Facebook menjadi platform untuk membincangkan hal-hal akademik.

5. Kajian Twitter menggalakkan pengguna untuk memggunakan struktur kata yang betul manakala kajian Facebook lebih tertumpu kepada membentuk komuniti bahasa kedua. 




Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Minggu 10

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kita sambung dengan tugasan kedua untuk minggu ini. Tugasan kali ini saya perlu melukis logo yang berkaitan dengan lirik lagu "Keluarga" yang diambil dari buku "Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi".

Gambar yang dimuatnaik dalam Facebook

Gambar yang dimuatnaik dalam Twitter



Keluarga (lirik lagu 1)

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Mejaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Logo yang saya hasilkan menunjukkan dua bentuk panjang yang menggambarkan ibu dan bapa manakala dua bentuk kecil ditengah-tengah antara dua bentuk tadi pula menggambarkan anak mereka. Selain itu, bentuk hati yang mengelilingi mereka menunjukkan bahaya mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Logo ini sesuai menggambarkan sebuah keluarga.




Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Minggu 10


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Berjumpa lagi kita minggu ini. okey tugasan pertama minggu ini ialah saya perlu membuat peta minda untuk watak dan perwatakan dari buku "Multimedia dalam Bahasa".


Peta minda watak dan perwatakan



Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Thursday 11 June 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI 1, 2 DAN 3 BAB 8 IMPLIKASI PEDAGOGI

Minggu 9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Untuk tugasan terakhir minggu ini, saya perlu menyiapkan aktiviti 1,2 dan 3 daripada buku  Ehh!! Media Sosial.

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Aktiviti 3





Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu

BBM3420Satu2020:CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Minggu 9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. baik kita sambung dengan tugasan kedua untuk minggu ini iaitu mencari nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 5 dalam buku Kajian Wacana.

Saya akan menerangkan tiga nilai mutni yang terdapat dalam cerita ini. yang pertama ialah pemurah. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim berkongsi buku cerita dengan jirannya, Sulaiman. Nilai ini penting kerana dengan berkongsi, kita dapat mengeratkan silaturrahim. Nilai yang kedua pula ialah prihatin. Nilai ini dapat apabila keluarga Alim risau ketika Alim jatuh sakit. Mereka cuba untuk memberikan Alim semangat untuk melawan demamnya. Nilai yang ketiga pula ialah penyayang. Nilai ini dapat dilihat ketika keluarga Alim berdoa supaya Alim cepat sembuh. Nilai ini penting kerana dapat menguatkan lagi tali persaudaraan dalam keluarga untuk membina keluarga bahagia. Sekian itu sahaja untuk tugasan kedua. Kita sambung dengan tugasa yang ketiga pula.






Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Minggu 9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kita berjumpa lagi untuk minggu kali ini. Baik. Untuk tugasan pertama minggu ini saya perlu membuat nota bergambar tentang animasi, drama dan filem daripada buku Multimedia dalam Bahasa. berikut ialah nota yang telah saya hasilkan


Nota bergambar Animasi, Drama dan Filem






Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...