Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kita sambung dengan tugasan kedua untuk minggu ini. Tugasan kali ini saya perlu melukis logo yang berkaitan dengan lirik lagu "Keluarga" yang diambil dari buku "Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi".
Gambar yang dimuatnaik dalam Facebook
Gambar yang dimuatnaik dalam Twitter
Keluarga (lirik lagu 1)
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Mejaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Logo yang saya hasilkan menunjukkan dua bentuk panjang yang menggambarkan ibu dan bapa manakala dua bentuk kecil ditengah-tengah antara dua bentuk tadi pula menggambarkan anak mereka. Selain itu, bentuk hati yang mengelilingi mereka menunjukkan bahaya mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Logo ini sesuai menggambarkan sebuah keluarga.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment