Minggu 8
Terdapat banyak nilai yang diperolehi daripada cerita ini. Namun saya akan menerangkan tiga sahaja. Nilai pertama yang saya dapati ialah nilai menghormati. nilai ini dapat dilihat apabila Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan ibu bapanya serta abang dan kakaknya sebelum kesekolah. Selain itu, Cikgu Anis juga ada mengajar Alim untuk menghormati orang tua dengan tumduk apabila berjalan di hadapan mereka. Nilai kedua pula ialah berkongsi. Nilai ini dapat dihilat apabila Alim membawa kek cawan untuk dikongsikan bersama kawan-kawannya di sekolah. Nilai ini penting kerana dengan berkongsi kita dapat mengeratkan hubungan sesama kita. Nilai yang terakhir pula ialah kerajinan. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim bersiap sedia di kerusinya untuk menunggu Cikgu Anis memulakan pengajaran. Nilai kerajinan dapat membantu kita untuk melakukan kerja dengan lebih efisyen dan agar tidak menyusahkan orang lain.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment