Tuesday 24 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalamualaikum semua. Tempoh hari, Prof ade like gambar dekat Instagram. Waktu mula-mula tengok notification memang terkejut, teruja, semua ade la waktu tu hahaha. Bila tgk group memang kawan-kawan pun ada cakap yang prof tengah like gambar jadi cepat-cepat screenshot sebab prof kata prof boleh ubah fikiran untuk unlike gambar tu.


Sunday 22 March 2020

BBM3410Satu2020: Simpulan Bahasa

Kumpulan kami (Bulan Production) telah menghasilkan video slideshow gambar-gambar yang berkenaan simpulan bahasa.

Video yang telah kami hasilkan dan memuat naik di Youtube. Anda boleh menonton video ini dengan menekan sini.

Gambar bagi simpulan bahasa buku lima.

Gambar bagi simoulan bahasa angkat kaki.

Saya harap anda tertarik dengan video yang kami hasilkan. Anda boleh melihat lebih banyak gambar yang kami hasilkan dengan menekan sini.


Sunday 15 March 2020

BBM3410Satu2020: Jenis-jenis Flatlay

Kumpulan kami (Bulan Production) telah menghasilkan sebuah slideshow yang menayangkan gambar-gambar jenis flatlay. Gambar jenis flatlay pula terdiri daripada falatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.

Slideshow yang kami hasilkan. Boleh tonton video ini dengan klik di sini.

Antara gambar jenis flatlay yang terdapat di dalam slideshow.(meja)

Antara gambar jenis half flatlay yang terdapat di dalam slideshow.(guitar)

Antara gambar jenis quarter flatlay yang terdapat dalam slideshow. (alat tulis)

Saya harap anda tertarik dengan gambar-gambar yang diambil oleh kami. Jika ingin melihat lebih banyak gambar jenis ini anda boleh klik di sini

Monday 9 March 2020

BBM3410Satu2020: PowerPoint Asas Fotografi Minggu 4

Kumpulan kami (Bulan Production) telah membuat satu video untuk menayangkan beberapa jenis gambar yang telah diambil. Antara jenis-jenis gambar tersebut adalah siluet, pendua, bayang, kabur, over the shoulder dan bird's eye view.

Anda boleh menonton video penuh dengan di YouTube

Antara gambar jenis pendua yang terdapat di dalam video

Antara gambar jenis bird's eye view yang terdapat di dalam video

Antara gambar jenis siluet yang terdapat di dalam video


Harap anda tertarik dengan foto yang ditayangkan di dalam video. Sekian

Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Peta minda Kepentingan Asas Grafik (Instagram)


Ini merupakan screenshot yang diambil daripada akaun Instagram saya berkenaan peta minda kepentingan asas grafik.

Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

1. Mudah
Bagi elemen mudah ia lebih menekankan kepada objek yang hendak ditonjolkan. Dengan erti kata lain, jika kita melihat suatu foto pokok, kita dapat tahu gambar tersebut memang memfokuskan kepada pokok.

2. Warna
Kombinasi warna dalam gambar penting untuk menjadikan gambar lebih menarik. Warna yang terdapat dalam gambar juga tidak boleh melebihi 3 warna utama supaya gambar tidak menjadikan gambar lebih sarat.

3. Teks
Penggunaan teks merujuk kepada tulisan yang difokuskan dalam gambar. Penggunaan teks yang baik akan menjadikan gambar dapat dilihat dan mesej yanh disampaikan juga mudah difahami.

4. Kesesuaian
Kesesuaian merujuk kepada adakah latar sesuai objek objek yang diketengahkan sesuai unutk berada dalam gambar tersebut.

5. Keseimbangan
Keseimbangan merujuk kepada keseimbangan objek yang terdapat di dalam gambar. objek di bahagian kiri gambar perlu seimbang dengan bahagian kanan gambar dan bahagian atas gambar pula perlu seimbang dengan bahagian pada bawah gambar.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Selangor Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat penggunaan Instagram



Dengan Menggunakan aplikasi Instagram, pengguna boleh mendapat banyak manfaat. Antara manfaat yang boleh diterima oleh pengguna ialah membantu mereka unutk mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Selain itu, ia juga memberi peluang unutk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka serta berkongsi pengetahuan mereka. Seterusnya, Instagram juga mampu mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Pengguna juga boleh mencipta aura positif dalam video.  Instragram dapat menyumbang kepada penggunanya dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Akhir sekali, pengguna akan menggunakan bahasa dankelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help

Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Munurut Normaliza Abd Rahim (2019),
Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi  Dornyei & komunikasi. Menurut Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan

kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi  penanda digunakan apabila seseorang menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis (VanDijk, 1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Menurut VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kala, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.

Blog di dalam pengajian kesusasteraan

Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Ini boleh dilihat bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre kesusasteraan berikut yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog. Pandangan dan pendapat di atas memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga untuk berlatih menggunakan perkataan yang sesuai.  Untuk pernyataan responden yang menulis cerpen pula, mereka
menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. Responden juga suka membaca cerpen pendek dalam blog kawan mereka. Bagi responden suka menulis skrip dalam blognya, mereka menyebut bahawa mereka boleh berkongsi skrip melalui blog dan mereka juga mampu untuk menulis apa sahaja dalam skrip. Responden mempunyai banyak perkara yang ingin ditulis dalam skrip memandang banyak idea untuk diceritakan. Responden turut bermotivasi apabila mereka tahu skrip mereka dibaca oleh orang lain melalui blog.
Pantun turut dinyatanya oleh responden. Responden menyatakan bahawa mereka memahami dengan baik dan mereka boleh menulis untuk dibaca oleh orang lain. Dalam masa yang sama, responden menyatakan pantun adalah genre yang bagus dan akan dibaca oleh rakan mereka; maka, ia akan membuatkan mereka ingin membaca yang lain.

Blog dalam Pembelajaran Bahasa

Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Bagi responden yang suka menulis surat di dalam blognya mereka menyatakan bahawa dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Responden turut menyatakan bahawa mereka menulis dan menerima surat melalui blog memandangkan ia memberi mereka lebih kepuasan.Untuk responden yang berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog, mereka menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan hari ke hari. Responden juga turut menyatakan bahawa mereka suka membaca blog rakan-rakan memandangkan mereka ingin mengetahui apa yang dirasai oleh rakan mereka. Terdapat juga responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya. Responden menyatakan bahawa mereka teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka.

Blog dalam Pembelajaran Teknologi

Di dalam graf 6.3 di atas, ia boleh dinyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog.Terdapat responden begitu teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Responden juga suka meletakkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog.
Bagi audio pula, kesemua responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu.
Selain itu, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar di blog. Responden menyatakan bahawa blog yang mengandungi gambar akan menjadi menarik. Responden juga mengatakan bahawa gambar mampu menceritakan sesuatu dalam blog.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...