Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Minggu 7

Assalamualaikum semua. Okay untuk tugasan terakhir minggu ini, kita kena buat nota ringkas bab 7 dari buku Ehh!!! Media Sosial.  



Nota ringkas bab 7


Selesai sudah untuk tugasan minggu ini. Kita sambung minggu depan pula (kalau ada tugasan lah). Sekian





Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu

Wednesday 6 May 2020

BBM3420Satu2020:CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Minggu 7

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini kita teruskan dengan tugasan seterusnya untuk minggu ini iaitu menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 3 dari buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi.


Terdapat banyak nilai dalam cerita ini namun saya akan menerangkan tiga sahaja. Nilai yang pertama ialah penyayang. Nilai ini dapat dilihat dengan menunjukkan bahawa Alim amat sayang kepada keluaganya begitu juga keluarganya menyayanginya. Nilai yang kedua pula ialah tolong menolong. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim selalu menolong keluarganya untuk melakukan kerja-kerja rumah. Nilai yang terakhir pula ialah bersabar. Nilai ini ditunjukkan apabila Alim gagal menghabiskan tugas menyapu. Ibu Alim dengan sabar membantu Alim untuk menghabiskan tugasnya begitu juga Alim bersabar untuk menyiapkan tugasannya. Itu sahaja nilai-nilai yang saya terangkan. Sekian. Kita sambung dengan tugasan seterusnya untuk minggu ini.













Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik (Normaliza Abd Rahim,2019)

Minggu 7

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini dapat lagi tugasan baharu. Tugasan kali ini kita akan menerangkan sedikit tentang kepentingan asas grafik. Terdapat 5 kepentingan asas grafik iaitu:

1. Menarik
Asas grafik penting untuk menarik minat semua lapisan masyarakat. Foto dan video yang menarik dapat meninggalkan kesan yang baik kepada penonton. tujuannya juga adalah untuk membolehkan masyarakat untuk membaca, melihat dan menerima mesej yang ingin disampaikan.

2. Mudah difahami
konsep mudah ini perlu dititikberatkan kerana ia memainkan peranan penting dalam  asas grafik. Grafik yang dihasilkan seharusnya mudah difahami mesej yang hendak disampaikan tanpa boleh mengelirukan masyarakat yang melihat atau menonton sesuatu grafik.

3. Mesej
Mesej memainkan peranan penting dalam asas grafik. Setiap grafik yang dihasilkan akan mempunyai mesej yang ingin digambarkan unutk penonton yang boleh meninggalkan kesan kepada mereka apabila melihat dan menonton grafik tersebut.

4. Ketara (predictability)
Sesuatu grafik yang dihasilkan perlulah ketara antara grafik dan mesej yang hendak disamaikan agar tidak mengelirukan masyarakat yang melihat dan menonton grafik yang dihasilkan.

5. Promosi
asas grafik juga penting bagi mempromosikan barangan. Hal ini dikatakan demikian kerana mesej boleh disampaikan dalam bentuk foto atau video dengan mesej yang mudah untuk menarik minat masyarakat.










Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...