Thursday 27 February 2020

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan 'keluarga': Buku Kajian Wacana

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa memerlukan mereka saya

cerita model
Ibu dan ayah saya merupakan peniaga. Setiap hari selepas sekolah, saya akan membantu ibu saya untuk menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk meniaga. Selepas itu, saya akan tinggal di rumah untuk menjaga adik-adik sehingga ibu bapa saya pulang. Setelah petang barulah abang dan kakak pula akan balik. Saya merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Ketika dirumah, kami tiga beradik akan menyiapkan kerja sekolah kami sebelum ibubapa kami pulang. Selesai siapkan kerja sekolah, kami menunggu ibu dan ayah pulang untuk makan bersama. Ibu dan ayah meniaga dengan menjual nasi ayam di pasar malam di pelbagai tempat. Saya bersyukur kerana pelanggan ibu dan ayah ramai dan hasil jualan mereka sentiasa habis. Jadi kebiasaannya ibu dan ayah akan pulang dalam lebih kurang jam 10 malam. Selepas mereka pulang kami akan makan bersama dan kemudian kami akan masuk tidur kerana saya sekolah pada waktu pagi tidak seperti adik-adik yang bersekolah pada sesi petang.
Di sekolah, saya tidak mempunyai ramai kawan kerana mereka memandang saya saya sebagai anak peniaga pasar malam. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah kesah tentang perkara itu kerana saya merasakan pekerjaan ibu dan ayah merupakan kerja yang murni. Ibu dan ayah sentiasa berpesan agar sentiasa budi pekerti walaupun kita dilayan buruk. Namun saya juga gembira kerana guru-guru sentiasa ada untuk saya ketika di sekolah.
Saya amat sayang kepada ibu dan ayah. Abang, kakak, dan adik juga tidak terkecuali. Mereka sentiasa ada dalam hidup saya tidak kira apa yang berlaku, saya tidak akan melupakan meraka kerana saya sangat terhutang budi dengan mereka.

Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Hari ini, kami diminta oleh pensyarah kami (Prof. Normaliza) untuk mengambil gambar dengan memfokuskan kepada lima teknik asas grafik iaitu mug shot, long shot, medium shot,  close up dan potrait.

1. Mug shot
Gambar mugshot ini menunjukkan ekspresi tenang dan gembira.

Gambar mugshot diatas menunjukkan raut wajah gembira dan marah.


Gambar ini menunjukkan raut wajah tidak puas hati dan gembira. 

Gambar mugshot di atas menunjukkan raut wajah yang gembira dan terkejut.

Gambar mugshot ini pula menunjukkan raut wajah menjengkelkan dan gembira.

Gambar mugshot ini pula menunjukkan raut wajah sombong dan terkejut.

Gambar di atas menunjukkan gambar mugshot yang memuatkan raut wajah merajuk dan terkejut.

Gambar mugshot di atas menunjukkan raut wajah gembira dan tidak puas hati.

Gambar di atas menunjukkan ekspresi gembira dan pasrah

Gambar mug shot di atas ini pula menunjukkan raut wajah gembira dan marah.


 2. Long shot

Gambar di atas merupakan asas fotografi long shot yang menunjukkan pemandangan sebuah rumah kayu yang menunjukkan pemandangan suasana kampung.

Gambar di atas merupakan asas fotografi long shot yang menunjukkan pemandangan sebatang pokok yang hanya mempunyai ranting dan dua orang gadis.


3. Medium shot

Gambar medium shot ini menunjukkan seorang gadis dengan wajah yang jelas dan permandangan belakan juga jelas iaitu suasana kampung.

Gambar medium shot ini pula menunjukkan seorang gadis dengan jelas dan boleh menampakkan raut wajahnya.


4. Potrait
Gambar diatas menunjukkan gambar potrait yang diambil dalam studio dengan pengcahayaan yang cukup.

Gambar di atas merupakan asas fotografi potrait yang menunjukkan riak muka gembira seorang gadis dan pemandangan meja bar yang kabur.


5. Close up
Gambar di atas merupakan gambar berbentuk close-up yang berfokuskan kepada bahagian retina mata jejaka tersebut.

Gambar atau foto di atas menunjukkan close-up yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya berfokuskan kepada bunga.


Itulah gambar-gambar yang diambil oleh kumpulan kami untuk tugasan minggu ini. Sekian.

BBM3410Satu2020:Blanket Test 2.0

Blanket Test 2.0 (kumpulan 4)

Hari ini, kami (kumpulan 4) dapat menjawab 3 soalan yang telah diberikan oleh pensyarah (prof. Normaliza).

Soalan pertama, terangkan tentang warna dalam asas grafik.
Jawapan : warna dalam gambar mestilah tidak lebih dari tiga dan  tona warna hendaklah yang bersesuaian.

Soalan kedua, apakah teknik fotografi yang digunakan dalam gambar?
Jawapan : medium shot, kerana gambar yang diambil adalah separuh daripada badan model dan jaraknya hampir dengan kamera.

Soalan ketiga, apakah teknik fotografi yang digunakan dalam gambar?
Jawapan : mug shot, kerana gambar yang diambil difokuskan pada muka model.

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2


Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Pada hari ahad, bapa Alim membawa pulang buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi buah lain yang dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa dia adik-beradik memang gemar buah-buahan.  Imran menanyakan kepada bapa dimana buah-buah itu dibeli. bapa menjawab yang buah itu dibeli di pasar tani. Kemudia bapa menyuruh Imran unutk memanggil adik-adik dan ibunya unutk makan bersama. Adik-adik gembira melihat buah yang banyak. Ibu membawa bakul sampah dan berpesan agar sampah dibuangkan kedalam bakul sampah dan tidak membuangkan sampah merata-rata tempat. Alim kemudian bertanya kepada ibu bolehkah dia berkongsi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Ibu gembira kerana Alim pandai berkongsi. Ibu mengasingkan beberapa buah dan memasukkan buah itu ke dalam beg plastic merah. Alim keluar dan memberikan buah itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram bunga di halaman rumahnya. Setelah selesai makan, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu mak Sulaiman. MAk Cim Timah berterima kasih kepada Alim kerana berkongsi buah dengan anaknya. "Sama-sama" Alim menjawab. Alim kata kongsi itu alam yang telah baik. "Ya" jawab Mak Cik Timah dengan wajah sedih. Alim tanya kenapa Mak Cik Timah sedih. Mak Cik Timah menyatakan dia bukan sedih tapi gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman.


BBM3410Satu2020: Keluarga Saya

Hai assalamualaikum semua. Saya Faiz. Saya merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Umur saya 22 tahun. Keluarga saya menetap di Sri Serdang, Selangor. Nama bapa saya ialah Abdul Munir bin Mat Sham. Nala saya bekerja di bangi sebagai pekerja kilang. Nama ibu saya pula Roszilah Binti Sharif. Ibu saya seorang peniaga di kantin sekolah rendah agama. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 19 tahun dan orang adik perempuan yang berumur 21 tahun dan kembar yang berumur 14 tahun. Adik lelaki saya bernama Muhammad Fikri dan dia masih lagi belajar di kolej swasta di Kuala Lumpur. Adik perempuan saya bernama Nur Afiqah. Dia pula sekarang sedang berada pada tahun akhir di kolej KPJ, Nilai, Negeri Sembilan. Adik kembar saya yang bernama Nur Afifah dan Nur Aqilah pula berada di tingkatan dua di sekolah berdekatan dengan rumah.

Saya Masih lagi mempunyai nenek kedua-dua belah ibu dan bapa saya tetapi sudah tidak lagi mempunyai datuk. kedua-dua datuk saya meninggal ketika saya masih kecil. nenek sebelah ayah saya tinggal di Kuala Kangsar, Perak. Nenek tinggal bersama abang saudara saya disana. Abang saudara saya yang bernama Nazwan Shafiq memang dijaga oleh nenek sejak kecil lagi. dia memang lebih rapat dengan nenek daripda keluarganya sendiri. Nenek sebelah ibu saya pula tinggal berdekatan dengan rumah kami. Memang ramai keluarga belah ibu yang tinggal berdekatan. Sekian.



BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

MOHAMMAD FAIZ BIN ABDUL MUNIR 
199816
Ini merupakan gambar yang diambil daripada buku "Eh!!! Media Sosial" yang menyatakan jawapan saya tentang kelebihan media sosial dalam kelas bahasa.

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Minggu 2

Hari ini dalam kelas multimedia BBM3410, kami diminta untuk menghasilkan sebuah hasil kerja berkumpulan (kumpulan 3) yang berkaitan dengan asas grafik. Kami diminta untuk menyediakan bahan-bahan seperti berikut:

1. Majalah
2. Mounting Board - 6 keping
3. Gam UHU stick
4. Gunting
5. Pisau
6. Reben - 50cm panjang, 1/4 inci lebar
7. Penebuk lubang

Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil oleh ketua kumpulan untuk melakukan kerja masing-masing mengikut tugas yang telah diberikan. Antara tugas yang kami perlu lakukan adalah kami diminta untuk memilih 5 gambar yang mempunyai elemen asas grafik daripada majalah.

Proses-proses penghasilan:

1. Kami diminta untuk memilih gambar daripada majalah. Kemudian kami perlu menunjukkan gambar yang dipilih kepada Prof Normaliza untuk diluluskan.


2. Separuh daripada kami pula menggunting huruf untuk dijadikan nama dan no. matrik.

3. Kami melekatkan bahan-bahan tadi di atas mounting board.

4. Kami menyusun mounting board yang telah dilekatkan gambar.


5. Ini merupakan hasil kerja kami yang telah siap.


Gambar yang diambil daripada majalah yang mempunyai ciri-ciri asas grafik.

Ini merupakan muka hadapan hasil kerja kami.

1. Mudah

Ciri pertama asas grafik ialah mudah.
Gambar ini dikatakan mudah kerana daripada gambar ini kita dapat tahu bahawa ia memfokuskan kepada kapal.

2. Warna
Asas grafik warna pula menekankan supaya warana yang utama tidak melebihi tiga warna.
Gambar ini mempunyai tiga warna utama iaitu biru pada sarung tangan getah, hitam warna latar belakang dan putih warna pergelangan baju.

3. Tesk
Gambar teks lebih memfokuskan kepada teks yang ingin disampaikan.
Gambar ini lebih terfokus kepada teks daripada gambar pada latar belakang.

4. Kesesuaian
Kesesuaian merujuk kepada objek tersebut sesuai berada pada tempat dan latarnya.
Gambar ini menunjukkan sofa yang sememangnya sesuai berada di ruang tamu.

5. Keseimbangan
Asas grafik keseimbangan perlu memastikan bahagian atas bawah seimbang begitu juga dengan bahagian kiri dan kanan.
Gambar ini menunjukkan gambar gigi seimbang dengan teks pada bahagian atas. 


Gambar ahli kumpulan kami bersama hasil kerja.

Itu sahaja buat masa. Sekian.

BBM3410Satu2020: Blanket test

Dalam kelas mutimedia BBM3410 hari ini, kami telah diberikan soalan daripada Prof Nomaliza. Kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah dapat menjawab 2 daripada soalan yang telah diberikan. Antara soalan yang kami dapat jawab ialah soalan tentang berapa banyak muka surat yang terdapat dalam bab 5 asas grafik. Seterusnya, kumpulan kami juga dapat menjawab soalan berkenaan elemen asas grafik berkenaan warna yang terdapat dalam gambar jeti yang ditanyangkan pada slide. Elemen warna dalam gambar tersebut mempunyai kombinasi yang sesuai iaitu biru, putih dan hijau kebiruan.

Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis: Nenek dan Datuk

Cerita sosial ini mengisahkan tentang Alim yang tidak sabar mahu pulang ke kampung nenek dan datuknya di kajang. Nenek dan datuk yang tinggal di kajang adalah sebelah ibu manakala sebelah ayah pula tinggal di Melaka. Alim sangat tidak sabar pulang ke kampung kerana ingin melihat ayam dan itik disana. Alim sekeluarga tiba di kampung setelah 30 minit perjalanan. Alim terus turun dari kereta untuk melihat ayam dan itik namun kecewa kerana dia tidak menjumpai seekor pon ayam dan itik. Alim menangis. Nenek dan datuk yang terlihat Alim menangis terus memujuknya. Nenek menayakan kenapa alim menangis dan Alim memberitahu bahawa dia sedih kerana ingat ayam dan itik semuanya telah mati. Nenek menunjukkan Alim reban baharu yg dibuat datuk. Alim gembira setelah melihat ayam dan itik. Setelah puas, Alim masuk ke rumah dan menjadi keliru kerana keadaan rumah yang berbeza dari biasa. Alim menangis lagi. Nenek memujuk Alim dengan berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang perabot di dalam rumah itu kepada Alim. Alim berhenti menangis lalu duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang, kakak dan adiknya. Ibubapa serta nenek dan datuk sedih melihat perangai Alim hari ini. Alim ketawa mononton televisyen. Suasana yang lain dari biasa membuatkan mereka sekeluarga menjadi lebih rapat.


Rujukan:
Nomaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

CARA MENULIS BLOG YANG BAIK

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik hati pembaca.
2. Cerita  dapat menarik perhatian pembaca. menarik yang
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Pada pendapat saya, 10 cara penulisan blog yang baik dari Normaliza Abd Rahim (2014) adalah merupakan langkah yang sepatutnya diambil oleh setiap blogger.  Langkah pertama ialah tajuk yang boleh menarik perhatian. Tajuk menjadi peranan yang penting kerana  tajuk la yang yang akan dipandang oleh pembaca sebelum membaca isi. Selain itu, cerita yang ditulis perlulah cerita yang dapat menarik hati pembaca untuk membaca kandungan cerita anda. Selain itu, humor atau jenaka perlu dimasukkan kerana ia akan membuatkan penulisan anda menjadi lebih menarik untuk pembaca barulah penulisan anda tidak membosankan. Penulisan anda juga perlu hujah terbaik bagi menerangkan dan menghuraikan penulisan anda. Hujah yang disokong oleh tokoh-tokoh adalah lebih baik.Penulisan anda juga boleh dikaitkan dengan berita terikini. Ingat, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan perkataan struktur yg senang dan ringkas supaya pembaca lebih mudah untuk faham. Penulisan anda juga sepatutnya dapat berkomunikasi dengan pembaca. Nilai-nilai moral dan estetika juga perlu ada dalam penulisan blog agar pembaca dapat menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri mereka. Penulis juga perlu mengetahui dan mempunyai ilmu yang hendak dikongsikan di dalam blog mereka agar tiada salah faham berlaku pada penulisan yang disampaikan.


Sumber:
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien & Normaliza (2019). Ehh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020. Tentang Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama saya Mohammad Faiz Bin Abdul Munir. Saya berumur 22 tahun. Saya lahir pada 18 Jun 1998 di Hospital Kajang, Selangor. Saya tinggal di Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM. Saya memilih UPM sebagai pilihan pertama dan syukur Alhamdulillah saya telah mendapat tempat di UPM. Saya juga memilih UPM kerana ia berdekatan dengan rumah saya. Bukan saya tidak mahu belajar jauh-jauh, tapi saya rasa seperti akan menyusahkan ibu bapa saya ketika perlu pulang pada hujung semester untuk membawa pulang semua barang-barang. Saya  merupakan tahun kedua saya di sini. Saya membuat blog ini kerana ia merupakan komponen yg perlu ada dalam subjek Multimedia dalam Bahasa. Cukup tentang pelajaran, saya akan bercerita tentang hobi pula. Saya minat untuk mengumpul model plastik dari siri animasi jepun (anime) iaitu "GUNDAM". Rekaan robot plastik itu sangat menarik minat saya untuk mengumpul lebih banyak model dengan pelbagai variasi. Sukan yang saya minati pula adalah bola tampar dan badminton. Saya tidak suka bola sepak kerana saya seorang kaki bangku hahahaha. Saya rasa itu sahaja setakat ini tentang diri saya. Sekian.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Minggu 14 Assalamualaikum dan hai semua. berjumpa lagi kita setelah sekian beberapa minggu. Okey, tugasan hariini adalah berkenaan de...